PUSAT SUMBER PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

No 1, Jalan Hang Jebat, 81300 Taman Skudai Baru, Johor Bahru, Johor Darul Takzim Tel : 07-5581893 Fax : 07-5569659

Wednesday, August 23, 2006

Bengkel Penyuntingan Audio Video Fasa 2


Satu bengkel penyuntingan audio dan video telah berjaya diadakan pada 1 - 4 ogos di Seri Malaysia, Rompin

Antara objektif bengkel tersebut adalah :-
1. Mempraktikan teknik penggambaran setelah mengikuti fasa 1
2. Menggunakan perisian editing untuk video dan audio
3. Mempraktikan teknik penyuntingan video dan audio.

Semoga dengan kejayaan bengkel ini dapat dimanafaatkan untuk kebaikan semua pihak.

Wednesday, June 21, 2006

Help Desk Zon Selatan


Satu mesyuarat pemantapan kompetensi meja bantuan bestari zon selatan telah diadakan di M-Suites Johor Bahru pada 18 hingga 22 June 2006. Seramai 22 peserta telah terlibat yang terdiri daripada pegawai daripada PSPN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan juga PKG. Mesyuarat ini telah dianjurkan oleh BTP dan terima kasih kepada En Zulkefli, En Pakri dan juga En Mohd Hafidz dari sektor meja bantuan BTP kerana berjaya menganjurkan mesyuarat/kursus dengan jayanya.



Sunday, June 04, 2006

MyTeam PSPN Johor



Tahniah kepada MyTeam PSPN Johor kerana telah berjaya mengalahkan pasukan daripada Perlis, kemenangan 3 - 0 telah membuktikan bahawa pemain MyTeam PSPN Johor telah beraksi dengan penuh semangat dan mampu beraksi dengan baik.

Kepada mana mana pasukan yang hendak mengadakan perlawanan persahabatan silalah hubungi PSPN Johor.

Tuesday, May 16, 2006

Anti Brontox

Kepada komputer kawan-kawan yang telah terifeksi dengan virus brontox bolehla download anti brontox seperti link di bawah ..

Anti brontox

Selepas download, runkan program under savemode, mudahan berjaya.

Monday, May 08, 2006

Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

Berikut adalah lagu tema hari guru 2006
Untuk download lagu tersebut anda perlu klik pada link di bawah :-

Lagu Tema Hari Guru 2006
p/s lagu ini hanya bertahan hanya untuk sebulan sahaja

PENDIDIKAN BESTARI PEMANGKIN KEGEMILANGAN

Informasi kini di hujung jari
Cabaran mendidik semakin tinggi
Kita perlu sedia berubah dan berhijrah
Mencorak bangsa di arus zamannya
Guru bestari penggerak wawasan
Melahirkan generasi terbilang
Menguasai ICT menjana nilai budi
Merentas sempadan globalisasi

*
Demi agama, bangsa dan negara
Satukan hati dan semangat waja

C/o

Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Budaya teknologi marilah semarakkan
Pendidikan bestari pemangkin kegemilangan
Menjamin kualiti merintis kejayaan

(Ulang * dan C/o)

Semoga keikhlasan diberkati

Lagu dan gubahan muzik : Rosman Adam (KP :680920-05-5517)
Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Kepuk 19/2,Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor
Tel 019-3933079

Lirik : Mohd Surani Shairi (No. K/P : 640303-10-6853)
Lot 1149, Bt. 3 ½, Kg. Pendamar, 41200 Klang
Selangor
(017-6830005
)

Wednesday, May 03, 2006

Peta Lokasi PSPN Johor

Thursday, March 30, 2006

Laporan PKG


Kepada semua PKG diharap dapat menghantar laporan PKG mengikut laporan format BTP yang telah diberikan kepada semua

Sekian, terima kasih

Anda boleh menghantar melalui alamat email seperti di bawah :-

hasni_samat@yahoo.com.sg

Untuk download borang tersebut anda perlu klik link di bawah :-
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Hasni di nombor telefon 019 7779840

Laporan PKG

Proposal Pembugaran PKG Negeri Johor

PROPOSAL

PROGRAM PEMBUGARAN

PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI JOHOR

2005

Mac 2005

Di sediakan oleh

Unit PKG

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor

Kandungan

Pengenalan

Matlamat

Objektif

Jawatankuasa Penyelaras

Perancangan dan skedul pelaksanaan

Fokus

Anggaran Kos

Jangkaan Masalah

Cadangan

Kesimpulan

Lampiran

DRAF

PROGRAM PEMBUGARAN PKG JOHOR 2005

PENGENALAN

Program ini dicadang untuk dilaksanakan hasil daripada maklumat soal selidik yang dikemukakan kepada Pengerusi –pengerusi Pusat Kegiatan Guru pada bulan Disember 2004 di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan dan infrastruktur di PKG perlu di pertingkatkan selaras dengan kepesatan pembangunan pendidikan setempat terutama dalam bidang teknologi pendidikan dan ICT.

Di peringkat negeri, PKG bandar Kluang telah dipilih sebagai PKG contoh. Seterusnya usaha-usaha ke arah menjadikan PKG-pkg lain di negeri Johor belum lagi dibuat secara terancang. Program ini mensasarkan 9 buah PKG yang mewakili setiap daerah akan dijadikan pkg contoh daerah masing-masing. Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang di harapkan kesemua 45 buah PKG seluruh negeri akan mencapai piawaian (benchmark) yang menggambarkan imej PKG Negeri Johor keseluruhannya.

OBJEKTIF

1. menghayati dan memahami konsep penubuhan Pusat Kegiatan Guru, iaitu sebagai tempat guru-guru sekolah kelompok mendapat latihan dan menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan yang memerlukan kepada suasana premis yang selamat, bermaklumat, kondusif dan selesa.

2. Menjadikan PKG Negeri Johor mempunyai halatuju dan wawasan yang seragam (standard) dari aspek I (Ilmu) dan 3K ( Kemahiran, Keselamatan, Keceriaan)

3. Menjana ciri-ciri kepimpinan pengurusan yang profesional, kreatif dan inovatif di kalangan pengurus-pengurus yang melaksanakan tanggungjawab di PKG

MATLAMAT

Menjadikan sebuah PKG contoh ( model) sama ada yang berstatus berbangunan tetap atau berbangunan sementara dari setiap daerah sehingga kesemua 45 buah PKG di negeri Johor mampu mencapai dan menepati standard yang dikehendaki menjelang tahun 2010

Jawatankuasa program

Penasihat : Tn Hj Shahrol bin Padiman

Pengerusi : Azizan bin A. Razak

Timb Pengerusi : Tn Hj. Ishak bin Mahbob

Setiausaha : En Abu Naim bin Supian

Ahli Jawatankuasa

  1. Penyelia PKG Daerah

Muar - En Abu bakar Mohammad

Segamat - En Jaafar bin Kasiring

Mersing - Cik Hjh Hamiyah

Batu Pahat - En Shamsuddin M. Salih

Kluang - En Abd Hamid bin Mohammad

Pontian - En Othman Awang

Kulai - En Musman Saleyo

Kota Tinggi - En Othman Ibrahim

Johor Bahru - En Abu Naim bin Supian

  1. Penghulu PKG Daerah

Muar - En Mohd Arshad Haron

Segamat - En Abd Latip Talib

Mersing - En Mahyedin Abd Malik

Batu Pahat - En Akhpah bin Abd Hamid

Kluang - En Hisham bin Abd Wahab

Pontian - En Zamrud bin Misdi

Kulai - En Hasni bin Samat

Kota Tinggi - En M. Zani bin Mohamed

Johor Bahru - En Hisham bin Salleh

Senarai Tugas Penyelia PKG Daerah

1. memberi perkhidmatan bimbingan dan nasihat kepada pegawai PKG daerah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran

2. Mengadakan perbincangan bersama penghulu PKG daerah dan ahli pkg dalam merancang program-program developmental dan rutin di PKG

3. Menjalankan pemantauan dan khidmat bantu bersepadu dan berterusan kepada PKG contoh dan PKG lain

4. melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

Senarai Tugas Penghulu PKG Daerah

1. mempengerusikan mesyuarat pemantapan PKG daerah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan pengurusan PKG

2. menjadi perantara PSPN-PKG dalam mengurus maklumat dan data yang diperlukan dari semasa ke semasa

3. membimbing dan membantu penyelaras PKG dan hal ehwal pengurusan, pentadbiran dan peningkatan profesionalisme.

4. bertanggungjawab kepada penyelia PKG Daerah

5. melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

Skedul Perancangan

Bulan

Aktiviti

Pegawai tanggungjawab

mac

Merancang proposal kajian

Pengerusi

april

Pembentukan AJK Program

Mesyuarat Jawatankuasa

Bengkel pemurnian proposal program

Setiausaha

mei

Lawatan kerja ke PKG contoh

laporan

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

Jun

Khidmat bantu dan pemantauan

- projek khas

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

Julai

Khidmat bantu dan pemantauan

- projek khas

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

Ogos

Khidmat bantu dan pemantauan

- projek khas

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

September

Khidmat bantu dan pemantauan

- projek khas

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

Oktober

Khidmat bantu dan pemantauan

- projek khas

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

November

Khidmat bantu dan pemantauan

- projek khas

Penyelia PKG

PenghuluPKG Daerah

Disember

Anugerah PKG Contoh Negeri Johor

AJK Program

Cadangan pemilihan PKG contoh daerah

Negeri Johor 2005

Daerah

PKG

Pegawai tanggungjawab

Johor bahru

  1. PKG Gelang Patah

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Pontian

  1. PKG Pekan Nanas

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Kulai

  1. PKG Sg Sayong

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Batu Pahat

1. PKG Seri Medan

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Kluang

  1. PKG Kluang Timur

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Segamat

  1. PKG Labis

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Muar

  1. PKG Parit Jawa

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Kota Tinggi

  1. PKG Bandar Kota Tinggi

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Mersing

  1. PKG Bandar Mersing

Penyelia PKG + Penghulu PKG Daerah

Fokus Khas PKG Contoh

1. Mengumpulkan sebarang koleksi manuskrip/ dokumentasi serta laporan kajian mengenai P&P dan teknologi pendidikan yang di laksanakan oleh guru-guru di sekolah-sekolah kelompok.

2. Menjalankan kajian tindakan di sekolah-sekolah ahli yang terpilih bersama pasukan kajian sekolah

3. Mewujudkan persekitaran dalaman dan luaran yang ceria, bersih, selamat dan bermaklumat di sudut-sudut tertentu di PKG

4. Mengaktifkan laman web PKG dan sekolah-sekolah kelompok

5. Lain-lain projek yang berfaedah oleh JK Pengurusan PKG, penyelia daerah dan Penghulu PKG

Anggaran Kos

RM

A. Mesyuarat

i. Mesyuarat JK Program 300.00

ii. Mesyuarat Pembugaran daerah 500.00

B. Khidmat bantu penyelarasan

C. Keceriaan

i. Dalaman 300.00

ii. Luaran 1,000.00

D. Keselamatan

i. pemasangan grill (option) 300.00

ii. peti kecemasan 50.00

iii. alat pemadam api (2 unit) 300.00

E. Kebersihan

i. persekitaran dalaman 200.00

ii. tandas/bilik air 400.00

F. Pengurusan PSPKG

i. pengemaskinian dan penyusunan bahan sumber 150.00

G. Dokumentasi

i. Penjilidan laporan 200.00

ii. Pemfailan 100.00

H. Peralatan

i. baikpulih peralatan asas 450.00


JUMLAH 4,700.00


Jangkaan Masalah

  1. Kurang kerjasama antara sumber tenaga manusia.

  1. Masa pelaksanaaan program yang kurang sesuai dan tidak sekuen dengan aktiviti penyelaras PKG.

  1. Tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya dengan kos perbelanjaan yang tinggi – mengatasi perancangan dan anggaran asal

Cadangan

  1. Pertemuan dua hala dengan lebih kerap antara jawatankuasa program dengan pihak pengurusan. Libatkan JK Pengurusan PKG sebelumdilaksanakan program

  1. Menjadikan program ini sebagai program tahunan di PKG ( dimasukkan dalam takwim PKG sebagai aktiviti developmental)

  1. Mengadakan perbincangan dan permohonan dengan Unit Kewangan PSPN supaya peruntukan untuk prorgam ini disalurkan ke Unit PKG PSPN. Program di buat secara berperingkat-peringkat dengan memberi prioriti kepada item-item penting

Kesimpulan

Program Pembugaran PKG boleh dilaksanakan dengan berjaya sekiranya semua pihak memberi komitmen dengan menganggap PKG mencerminkan imej PSPN Johor. Kerjasama dan rasa tanggungjawab adalah kunci kepada kejayaan dalam melaksanaan program ini. Masalah dan kekangan adalah cabaran yang perlu dilihat sebagai peluang untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Kepuasan bekerja dan mengurus di premis yang serba selesa di PKG menjadikan ia sebagai pusat kegiatan guru-guru setempat yang cemerlang. Menjelang 2010, semua PKG negeri Johor menepati ciri-ciri PKG Contoh.

Lampiran